Monday, May 4, 2015

MASAKAN

MAKANAN ORANG DAHULU


Pernah tak korang makan makanan yang sekarang ni sangat payah korang jumpa. Pekasam udang? Biasa je tu. Cencalu emm biasa jugak. Apa lagi ye? Korang pernah makan cucur telur belangkas tak? Perghh... sodapp memang tip top sedap. Bukan itu je, arwah mak aku dulu kalau pagi2 suka masak nasi goreng. bukan nasi goreng ayam. Yang ni special tapi kalo yang ada tinggi kolesterol boleh mimpi je makan nasi goreng nih. Nama saintifik aku tak tau la pulak tapi nasi goreng tu digoreng bersama hati ikan pari, telur ikan duri, ikan belanak. Meleleh air liur saat terkenang masakan tu huhu...

Ini la telur belangkas kalau nak tahu

Rupa nasi goreng tu lebih kurang mcm ni 


Selain itu masakan umai juga amat terkenal khususnya di Sarawak. Ada di antara mereka menggunakan isi ikan yu, ikan Empirang atau ikan Tenggiri. Ada juga yang menggunakan isi udang sebagai bahan untuk membuat Umai. Cara membuatmya mudah sahaja.

Umai yang disediakan menggunakan isi ikan

Ini pula Umai yang berasaskan udang. sedapp.. nyum nyum

Sebagai entri permulaan ini, saya rasa setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan berkenaan Makanan orang dahulu. Nanti kita akan kongsikan yang artikellebih menarik. Daa...



0 comments:

Post a Comment

Sila gunakan ayat yang sopan - bahasa menunjukkan bangsa - P.Ramlee