Tuesday, May 5, 2015

Clash of Clan vs Domination

Salam sejahtera untuk para gamers terutamanya yang tegah layan CoC atau nama penuhnya Clash of Clan. Bagi yang newbies mesti tengah bengang pasal base korang asyik kene rompak. Kalau basa yang dah kuat tu boleh la rilex sikit hehe... Aku pun pertama kali main game ni memang tak faham... nak kene tebang pokok la, nak buat itu, ini la... Last - last aku slow down lebih kurang 6 bulan pasal tak faham. tapi ada masa ada jugak aku jenguk - jenguk. Sampai sekarang base aku dah ada Town Hall level 10. bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian.
Clash of Clans
Tapi semenjak kebelakangan ini ada banyak permainan baru yang serupa seperti clash of clans contohnya Samurai Siege, Galaxy Control, Second Earth, Dungeon Keeper. dan yang terbaru Domination. Apa yang menarik Domination ni? Kalau korang pernah main permainan pc Rise of Nation pasti korang familiar dengan game ni. Setiap era berubah bentuk bangunan juga akan berubah.
Dominations
Apa yang membezakan Domination dengan Clash of Clan ialah sekiranya anda raid base orang dan anda berjaya memusnahkan unit pertahanan 100% askar anda yang tidak terkorban berjaya balik ke base anda semula dan boleh digunakan lagi serangan yang lain.

Selain itu di dalam CoC, Wallbreaker yang digunakan akan meletup mati setelah berjaya menjumpai wall sebaliknya Wallminer Dominations menggunakan mine untuk meletupkan pagar dan selepas itu ia akan turut serta berperang. Memang cukup menarik.

0 comments:

Post a Comment

Sila gunakan ayat yang sopan - bahasa menunjukkan bangsa - P.Ramlee