Tuesday, May 5, 2015

Tahukah Anda - Bahasa Melayu Sarawak

Salam sejahtera,
Kepada sesiapa yang berminat untuk pergi ke sarawak pasti ingin mengetahui bahasa pertuturan yang digunakan di negeri Bumi Kenyalang tersebut. Sebagai contohnya Bahasa Melayu Sarawak mempunyai banyak pecahan dialek pada pandangan saya. Jika anda berada di Bandaraya Kuching, dialeknya berlainan dengan Bahasa Melayu di Daerah Limbang, Samarahan mahupun daerah lain. Ini kerana ianya mungkn dipengaruhi oleh faktor persekitaran dan percampuran dengan bahasa bangsa lain seperti Iban, Bidayuh, Kayan, Murut dan lain - lain. Di sini saya memberikan contoh - contoh bahasa Sarawak bahagian Kuching sebagai rujukan tuan dan puan. Manalah tahu nanti faham la serba sedikit berkenaan bahasa melayu sarawak.



  • Kamek - saya
  • Kitak - awak
  • Disia- di situ
  • Disinun -  di sana
  • Disitok - di sini
  • Ari Marek - hari semalam
  • Ari Dolok - hari sebelumnya
  • Kinek tok - sekarang
  • Kenak? - kenapa
  • Sik Boh - jangan
  • Nang - memang
  • Sengaut - berebut
  • Kepak - letih
  • Ngegeh - mengada - ngada
  • Lawa - sombong
  • Manok - ayam
  • Pusak - kucing
  • Boyak - buaya
  • Gugok - jatuh
  • Sempe - terlalu letih
  • Gambong/Mancal/Bujat - nakal
  • Nembiak - budak - budak
  • Gerek/Can(chan) - teman wanita
  • Nang Ada? - betul?
  • Gago - sibuk/menyibuk
  • Penjan - tingkap
  • Lang - Pintu
  • Torik - jampi
  • Bugei - penunduk
  • Bengkeng - degil
  • Nekik - panjat
Ada apa2 penambahan dipersilakan.

Clash of Clan vs Domination

Salam sejahtera untuk para gamers terutamanya yang tegah layan CoC atau nama penuhnya Clash of Clan. Bagi yang newbies mesti tengah bengang pasal base korang asyik kene rompak. Kalau basa yang dah kuat tu boleh la rilex sikit hehe... Aku pun pertama kali main game ni memang tak faham... nak kene tebang pokok la, nak buat itu, ini la... Last - last aku slow down lebih kurang 6 bulan pasal tak faham. tapi ada masa ada jugak aku jenguk - jenguk. Sampai sekarang base aku dah ada Town Hall level 10. bersusah - susah dahulu bersenang - senang kemudian.
Clash of Clans
Tapi semenjak kebelakangan ini ada banyak permainan baru yang serupa seperti clash of clans contohnya Samurai Siege, Galaxy Control, Second Earth, Dungeon Keeper. dan yang terbaru Domination. Apa yang menarik Domination ni? Kalau korang pernah main permainan pc Rise of Nation pasti korang familiar dengan game ni. Setiap era berubah bentuk bangunan juga akan berubah.
Dominations
Apa yang membezakan Domination dengan Clash of Clan ialah sekiranya anda raid base orang dan anda berjaya memusnahkan unit pertahanan 100% askar anda yang tidak terkorban berjaya balik ke base anda semula dan boleh digunakan lagi serangan yang lain.

Selain itu di dalam CoC, Wallbreaker yang digunakan akan meletup mati setelah berjaya menjumpai wall sebaliknya Wallminer Dominations menggunakan mine untuk meletupkan pagar dan selepas itu ia akan turut serta berperang. Memang cukup menarik.

Monday, May 4, 2015

MASAKAN

MAKANAN ORANG DAHULU


Pernah tak korang makan makanan yang sekarang ni sangat payah korang jumpa. Pekasam udang? Biasa je tu. Cencalu emm biasa jugak. Apa lagi ye? Korang pernah makan cucur telur belangkas tak? Perghh... sodapp memang tip top sedap. Bukan itu je, arwah mak aku dulu kalau pagi2 suka masak nasi goreng. bukan nasi goreng ayam. Yang ni special tapi kalo yang ada tinggi kolesterol boleh mimpi je makan nasi goreng nih. Nama saintifik aku tak tau la pulak tapi nasi goreng tu digoreng bersama hati ikan pari, telur ikan duri, ikan belanak. Meleleh air liur saat terkenang masakan tu huhu...

Ini la telur belangkas kalau nak tahu

Rupa nasi goreng tu lebih kurang mcm ni 


Selain itu masakan umai juga amat terkenal khususnya di Sarawak. Ada di antara mereka menggunakan isi ikan yu, ikan Empirang atau ikan Tenggiri. Ada juga yang menggunakan isi udang sebagai bahan untuk membuat Umai. Cara membuatmya mudah sahaja.

Umai yang disediakan menggunakan isi ikan

Ini pula Umai yang berasaskan udang. sedapp.. nyum nyum

Sebagai entri permulaan ini, saya rasa setakat ini sahaja yang ingin saya kongsikan berkenaan Makanan orang dahulu. Nanti kita akan kongsikan yang artikellebih menarik. Daa...